Cari Blog Ini

Sabtu, 13 Julai 2013

KASIHNYA AYAH

13 Julai 2013 (Sabtu), 7.10 pagi : Berjalan menuju pintu masuk sekolah, aku dikejutkan dengan situasi yang tidak pernah kusangka. Seorang murid lelaki sedang menangis teresak-esak tanpa diketahui puncanya. Dua orang rakannya sedang cuba memujuknya. Aku menghampiri murid tersebut dan agak terkejut kerana murid tersebut ialah murid tingkatan 4 dan aku mengajar di kelasnya (JE). Apabila dipujuk dan ditanya, semakin kuat tangisannya. Dalam fikiranku mungkin dia menangis kerana dimarahi oleh ibu bapanya kerana masalah pelajaran (semalam ialah Hari Interaksi di sekolahku). Dalam usaha aku dan tiga orang rakannya memujuk, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang agak berumur yang menyuruhnya masuk ke sekolah. Dan beliau memperkenalkan dirinya sebagai ayah murid tersebut. Ayah JE menerangkan apa yang terjadi. Rupa-rupanya murid tersebut menangis kerana ayahnya memaksa pergi ke sekolah. Murid tersebut enggan dengan memberi alasan guru tidak mengajar. Terkedu aku seketika kerana tindakan murid tersebut. Sayu juga ada...kerana si ayah tidak kisah dengan alasan yang diberikan oleh si anak, sebaliknya tetap menyuruh anaknya pergi ke sekolah dengan harapan ada ilmu yang akan diperolehnya pada hari tersebut. Aduhai anak...Sangat terkesan di hatiku apabila si ayah menyatakan bahawa dirinya pensyarah. Dan aku sedar dan faham apa yang ingin disampaikan. Si ayah mahu anaknya pergi ke sekolah, belajar dan menerima ilmu dan berjaya sepertinya. Kelihatan si ayah seperti agak malu apabila menghadapi situasi tersebut di hadapanku dan juga beberapa orang murid dan orang awam yang melalui kawasan tersebut. Lantas aku cepat meminta JE bangun dan masuk ke kawasan sekolah agar rakan lain tidak melihatnya sedang menangis. Cukuplah aku dan tiga orang rakannya itu melihatnya. Akhirnya JE bangun..masih teresak-esak. Aku menyuruhnya menyalami ayahnya. Agak sayu keadaan pada masa itu. Betapa seorang ayah terpaksa berhadapan situasi tersebut..melayan kerenah anak yang sudah berusia 16 tahun. Bukannya anak kecil yang perlu digula-gulakan untuk pergi ke tadika. Dan kami pun berlalu meninggalkan si ayah...semoga Allah memberkati usaha ayah tersebut untuk membesarkan anak-anaknya...aku berlalu dengan pelbagai perasaan..terkejut, sedih...dan tidak pernah kusangka. Apa yang pasti, jika aku melihat wajah anak muridku itu selepas ini, aku akan pasti terbayang-bayang peristiwa tersebut. Semoga memberi pengajaran kepadanya.

Aduhai anak...sesungguhnya hargailah seseorang itu semasa masih ada hayat mereka. Janganlah diturut sangat perasaan dan jiwa remajamu.  Peliharalah maruah ibu dan bapamu. Hargailah masa mudamu...


Selasa, 23 April 2013

PENAT TAPI GEMBIRA

Minggu ini kembali sibuk. Tapi sekurang-kurangnya trip ke Perhentian mengubat kepenatan. hehehe...

Dalam kesibukan mendapat khabar yang menyedihkan. Kita tak boleh menghalang anggapan dan pandangan orang kepada kita. 

Lupakan perkara yang lepas. Apa yang penting, buat kerja kita ok. Tak perlu risau apa yang orang sekeliling kata. Masih ada yang memahami kita kan. Terima kasih kepada kawan-kawan yang dapat memahami saya. Kita berbeza tapi perbezaan itu tidak menghalang kita untuk saling memahami dan bersahabat. Kita ada kekurangan dan kelebihan masing-masing tapi kita terima dengan hati dan fikiran yang terbuka. Insya Allah...

Tiba-tiba ada program besar yang perlu diuruskan. Rasa macam nak pengsan ada...rasa nak lari dari tempat kerja pun ada. hahahaa..Tapi alhamdulillah dapat rakan sepasukan dan anak-anak buah yang sangat tidak berkira pada kali ini. Jadi kerja berjalan lancar walaupun pada mulanya rasa tak puas hati jugak dengan beberapa orang. hihihi...





Seronok bekerja dengan mereka semua.  
Terima kasih atas bantuan dan sokongan kalian. 
Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.



T-shirt biru tudung putih tu comel.
 Semua yang beratur tu budak sekolah rendah.
Tiba-tiba dia menyelit sama. hahahaha






PERHENTIAN 2013





Seronok sangat! Memang terbaik...tua, muda, miskin, kaya bergembira. hahahahaha...

Mula-mula memang kelakar...hahaha..takut tapi berani.

Muatan berat sedang ditarik ke tepi...ni semua sebab kena tinggal .
Akhirnya kami berdua menjerit-jerit sebab dua-dua penakut. hahahaaaa...






Tiga hari dua malam yang sangat berbaloi. Kepala rasa ringan je bila masuk kerja semula. hehehehe







Khamis, 4 April 2013

Terkilan

Rasa terkilan itu makin hari makin menebal..
Dan rasa itu membuatkan aku sedar, tidak semua orang boleh memahami dan menerima kita seadanya. Saat kita sedih tidak semua sudi mendengar keluhan kita. Dan saat kita marah juga tidak semua orang mahu mengerti kemarahan yg kita alami...

Sampai saat ini, aku masih terkilan...


Udara yang Menyesakkan

Udara di sini semakin menyesakkan. Pandangan sesetengah orang kita tidak boleh halang..biarkan mereka dengan pandangan dan kata-kata atau buruk sangka mereka. Lagipun mereka juga bukanlah sempurna.