2011...33 tahun usiaku. Sepanjang usia ini, banyak yang telah aku tempuhi, sama ada berseorangan atau dengan teman dan keluarga di sisi. Zaman kanak-kanak paling tidak kulupakan. Zaman remaja banyak meninggalkan kenangan. Dan kini, semakin aku dewasa semakin aku merindui saat-saat itu.
Lahir dalam keluarga yang besar memberi aku pengajaran bahawa dalam hidup ini, kita memerlukan keluarga dalam kehidupan kita. Kami saling melengkapi antara satu sama lain. Baik atau buruk, itulah keluarga kita yang bersama-sama kita sejak usia bayi. Dan kini, walau kami terpisah dan duduk berjauhan, rasa rindu sering menjengah. Apabila sesekali berkumpul, ada riang di hati. Duduk berjauhan menjadikan aku seorang perindu. Rindu saat-saat berjalan kaki ke sekolah beramai-ramai, rindu kenangan makan di dalam dulang, rindu kenangan berkongsi pakaian, rindu musim durian, manggis, rambai, langsat, dan rambutan. Rindu juga berhari raya bersama-sama. Kenangan itu tidak ada penggantinya. Akan tersimpan kemas dalam kotak ingatanku. Al-fatihah buat arwah abah, arwah tok abah, arwah atuk, arwah Pak Andak Kamal, dan arwah nenek....
Meninggalkan alam kanak-kanak memberi aku peluang untuk berjumpa dengan lebih ramai orang. Kawan bertambah, pengalaman hidup pun bertambah. Zaman persekolahan sangat menggembirakan. Aku memiliki kawan-kawan dan guru-guru yang terhebat dalam hidupku. Pelbagai cerita dan peristiwa yang berlaku menjadikan aku lebih menghargai kehidupan ini. Menginjak ke usia dewasa, lebih banyak cabaran yang perlu ku hadapi. Cabaran yang banyak mengajar aku supaya lebih tabah dalam kehidupan. Dugaan yang datang tidak mengira tempat dan waktu.
Kini, apabila aku mengenang kembali saat-saat itu, aku pilu. Aku kini sudah jauh berjalan. Masa silam itu hanya tinggal kenangan. Semoga aku terus diberikan kekuatan. Rindu mengajar aku erti kehidupan.
Permulaan yang baik.... Aku juga rindu... rindu pada ...... hehehe
BalasPadamhahahaa..
BalasPadam